LTTE

Tidak mustahil kumpulan diaspora LTTE tuntut wilayah di Malaysia
14/Oct/2019, 10:09sinarharian.com.my

Dr Mizan
SHAH ALAM – Tindakan polis menahan 12 individu termasuk dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan berkaitan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah langkah diradikalisasi dan mencegah sebelum diaspora perjuangan mereka menjadi ‘barah’ kepada negara ini.
Pakar Kajian Strategik Antikeganasan dan Diradikalisasi dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Profesor Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, diaspora perjuangan LTTE sebenarnya sudah berkembang sangat pesat di negara ini dan digerakkan sepenuhnya pemimpin menggunakan platform parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan.
Menurutnya, sekiranya langkah diradikalisasi aktiviti kumpulan itu tidak dilaksanakan awal, tidak mustahil kumpulan ini turut menuntut wilayah pembebasan keturunan Tamil di Malaysia sebagaimana tuntutan mereka terhadap negara Sri Lanka.
“Hasil kajian saya di lapangan membuktikan aktiviti penggerakan operasi kumpulan diaspora LTTE kini semakin diperkukuhkan dengan perlindungan diberikan oleh pemimpin-pemimpin politik terutama dari DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Meskipun organisasi LTTE disahkan tamat operasi pada tahun 2009, diaspora perjuangan mereka disambut sebilangan masyarakat India di negara ini yang majoriti terdiri keturunan Tamil dibawa kerajaan British dari selatan India sebelum merdeka.
“Justeru langkah awal polis melaksanakan tangkapan terhadap pemimpin dikaitkan kumpulan LTTE adalah tepat kerana tidak mustahil kumpulan diaspora ini akan menuntut pula wilayah di negara ini suatu hari nanti,” katanya kepada Sinar Harian.
Dr Mizan berkata, ancaman paling berbahaya boleh dihadirkan kumpulan diaspora LTTE ini adalah mereka mampu melaksanakan agenda keganasan secara sistematik dan berkeupayaan mencetuskan konflik keharmonian kaum yang membawa kepada rusuhan kaum.
Katanya, kumpulan diaspora LTTE ini juga mampu memberi kesan negatif kepada negara apabila masalah luar terutama membabitkan konflik di Sri Lanka dan India dibawa masuk ke negara ini.

“Mereka merupakan kumpulan pertama menjalankan modus operandi letupkan diri serta satu-satunya kumpulan pengganas yang membunuh dua perdana menteri.
“Mereka juga merupakan sebuah kumpulan pemberontak yang menggunakan kanak-kanak dan wanita untuk menjalankan operasi mereka di seluruh India, Pakistan dan Sri Lanka.
“Saya yakin sesi penangkapan individu berkaitan dengan LTTE akan terus dijalankan polis demi menangani sebarang penentangan yang akhirnya menjadi ‘barah’ negara ini,” katanya.
Sementara itu, Penganalisis Pertahanan dan Perunding Keselamatan, Muhammad Fuad Mat Noor menegaskan tindakan itu penting bagi mengelakkan Malaysia dijadikan medan konflik secara tidak langsung antara dua pihak bertelagah iaitu LTTE dan kerajaan-kerajaan berkaitan seperti Sri Lanka dan India.
Menurutnya, beliau berpandangan polis mula merasakan kerisauan kumpulan LTTE menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk menyalurkan dana kewangan dan peralatan ketenteraan membantu operasi kumpulan pengganas itu.
“Selain itu, agenda penangkapan individu-individu berkaitan LTTE tidak seharusnya dipolitikkan kerana perlaksanaannya adalah untuk kepentingan negara.
“Paling penting, isu menyokong perjuangan LTTE tidak harus disamakan dengan perjuangan rakyat Palestin kerana rakyat Palestin memperjuangkan hak mereka yang sememangnya diperakui dunia, sebaliknya perjuangan LTTE tidak mempunyai asas kukuh,” katanya.
Muhammad Fuad turut meminta mana-mana pemimpin politik yang mempertahankan keputusan ‘bersimpati’ dengan perjuangan LTTE supaya tidak bersikap ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.
Menurutnya, pendedahan penyaluran dana kewangan oleh kumpulan diaspora LTTE negara ini termasuk pemimpin politik ke kumpulan itu sepatutnya disalurkan untuk menaik taraf kehidupan dan menjaga kebajikan masyarakat India negara ini.

Rakyat hendak tahu.

LTTE: MENGAPA DAP, PKR BISING..?

1. Lebih 30 buah negara di dunia cop LTTE sebagai PERTUBUHAN PENGGANAS.

2. Kerajaan India juga menentang LTTE yang pernah membunuh PM Rajiv Gandhi. LTTE diilhamkan oleh puak Tamil dari India Selatan, iaitu Tamil Nadu. Ia cuba menumbangkan kerajaan Budhis Sri Langka melalui perang gerilya.

3. Akhirnya LTTE kalah.. tapi para penyokongnya cuba menggerakkan keganasan LTTE dari negara-negara asing termasuk Malaysia.

4. PDRM patut dipuji kerana bertindak pantas menangkap para penyokong dan anasir-anasir ganas LTTE dari bumi Malaysia.

5. Banyak lagi para sipatisannya bergerak secara diam-diam. Jangan bagi muka kepada puak pengganas Tamil ini. Perlulah diingat sebahagian besar puak India di sini berasal dari Tamil Nadu.

6. Waktu penjajah British berkuasa kebanyakan orang India dibawa sebagai buruh di ladang getah berasal dari Tamil Nadu.

7. Dari laporan PDRM mereka yang ditahan dibawah SOSMA terdiri dari wakil rakyat DAP dan PKR dari keturunan INDIA.

8. Nampaknya DAP dan PKR serta mungkin juga parti atau ngo-ngo lain sudah diresapi oleh anasir-anasir pengganas asing ini. Besar kemungkinan lebih ramai anasir-anasir pengganas LTTE akan ditangkap tidak lama lagi.

9. Nampak sangat DAP dan PKR cuba mencabar PDRM yang menahan ahli-ahli mereka yang disyaki sebagai pengganas itu.
Mengapa mereka membisu bila banyak penyokong ISIS dari kalangan Melayu ditahan bawah SOSMA?

10. Jelas DAP dan PKR bersifat perkauman dan hanya ‘memperjuangkan’ bukan Melayu yang ditahan seperti LTTE ini.

11. Kerajaan PH perlu berhati-hati kerana ada anasir LTTE meresap masuk dalam DAP dan PKR sekarang.

12. Ramasamy, Timbalan KM P. Pinang dengan angkuh mencabar PDRM menahannya.

13. Kalau ada bukti kukuh PDRM jangan bagi muka atau takut bertindak terhadap anasir-anasir pengganas ini walaupun mereka berstatus menteri dalam PH.
Kerajaan PH mahu menegakkan ‘ the rule of law’.

14. Buktikan tindakannya terhadap mereka yang melakukan jenayah tanpa peduli status mereka dalam parti, kerajaan atau masyarakat.
Jangan jadikan Malaysia sebagai markas pengganas-pengganas asing.

15. Mengapakah peliwat Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR tidak berani membuat kenyataan akhbar mengenai penahanan beberapa orang ahli PKR?

16 Apakah dia bersimpati dengan perjuangan LTTE? Apakah dia tidak sedar ada ahli PKR dari keturunan India menyokong LTTE?

17. Apakah dia kongkolikong dengan ahli-ahli PKR keturunan India yang menjadi penyokong LTTE?

Rakyat hendak tahu pendiriannya.

  • Yahaya Ismail

Hubung sulit.

HUBUNGAN SULIT DAP, PENGGANAS LTTE, & ZIONIS ISRAEL

  1. Seluruh negara dikejutkan dengan berita hubungan pemimpin DAP dengan Kumpulan Pengganas Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) susulan tangkapan Adun DAP di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) iaitu Gunasekaran Palasamy (Adun DAP Negeri Sembilan) dan Saminathan Ganesan (Adun DAP Melaka).
  2. Umum mengetahui bahayanya LTTE ini yang mengganas dengan tujuan untuk mewujudkan negara Tamil berasingan di utara dan timur Sri Lanka.
  3. Namun begitu, ramai yang kurang mengetahui bahawa pengganas Tamil ini juga memiliki hubungan erat dengan Zionis Israel.
  4. Ibarat cinta tiga segi, hubungan DAP-LTTE dan LTTE-Israel ini tidak terhenti di situ sahaja.
  5. Ramai antara kita yang seolah-olah sudah lupa dengan pendedahan bekas pegawai khas Lim Guan Eng sendiri iaitu Mohamed Razali Abdul Rahman tentang hubungan DAP dengan Israel; satu tuduhan yang sejak sekian lama Mohamed Razali tidak didakwa atau dijatuhkan apa-apa hukuman oleh mahkamah Malaysia meski pun DAP pernah mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang (Pendedahan Razali: DAP & Israel https://www.youtube.com/watch?v=Sx1XE29tRoc).
  6. Maka kini ada tiga hubungan yang saling wajib diperhatikan: DAP-LTTE, LTTE-Israel, dan DAP-Israel.
  7. Victor Ostrovsky, bekas pegawai perisikan Israel Mossad mendedahkan hubungan Israel dengan pengganas LTTE ini melalui saluran Indian Abroad; beliau memaklumkan bahawa Mossad melatih ramai kader LTTE.
  8. Antara karya Victor Ostrovsky ialah ‘By Way of Deception: The Making of a Mossad Officer’.
  9. Wartawan veteran Sri Lanka Latheef Farook juga mengarang artikel tentang hubungan LTTE dengan Israel di mana beliau mengatakan bahawa Sri Lanka (ketika itu di bawah pimpinan Rajapaksa) gagal untuk mengesan latihan Mossad Israel kepada kader LTTE.
  10. DAP sebagai parti yang mendominasi Pakatan Harapan pula didedahkan menerima dana sebanyak RM1.2 bilion (USD300 juta) daripada Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman.
  11. Kegagalan DAP mengambil tindakan undang-undang dan menjawab secara tuntas pendedahan oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng itu sehingga kini akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.
  12. Ada tiga pendedahan serius yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel.
  13. Pertama, Mohamed Razali mendakwa DAP menerima dana PRU Ke-13 sebanyak RM1.2 bilion (USD300 juta) dari Israel.
  14. Kedua, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi; malah Mohamed Razali sendiri antara yang menjalani latihan tersebut.
  15. Mohamed Razali juga turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali sendiri antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
  16. Ketiga, implikasi dakwaan Mohamed Razali, kapal selam Israel akan dibenarkan berlabuh secara rahsia di Malaysia khususnya di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
  17. Selepas bertahun-tahun, masih tiada sebarang pendakwaan atau hukuman dijatuhkan ke atas bekas pegawai khas Lim Guan Eng ini jika benar beliau memfitnah.
  18. Malah terbaru pada April 2019 Senator DAP Nga Hock Cheh secara terbuka menyeru kerajaan Pakatan supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan membuka pejabat kedutaan di Israel (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan-senator-dap-tidak-bertanggungjawab-pengerusi-pkr-perak-206192).
  19. DAP Perak pernah menyelar bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak membenarkan dua atlet Israel untuk masuk beraksi dalam kejohanan luncur angin di Langkawi pada 2015.
  20. Dalam kes DAP-LTTE pula, reaksi melampau dua pemimpin DAP iaitu P. Ramasamy dan Lim Guan Eng juga agak mengejutkan.
  21. Dengan bongkak, Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang P. Ramasamy mencabar pihak berkuasa untuk menangkapnya di bawah SOSMA ‘kalau berani’.
  22. P. Ramasamy bahkan mengatakan beliau akan mendesak kerajaan Pakatan untuk bebaskan kesemua 7 individu yang ditahan PDRM kerana menyokong kumpulan pengganas LTTE.
  23. Lim Guan Eng pula melangkaui kuasa PDRM apabila mengeluarkan kenyataan jaminan ‘tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan polis’.
  24. Seharusnya, DAP wajib menghormati pasukan keselamatan dan perisikan negara – DAP kini bukan lagi parti pembangkang, sebaliknya parti kerajaan.
  25. Sesungguhnya, pendedahan hubungan pemimpin DAP dengan pengganas LTTE ini wajib ditangani dengan komprehensif dan strategik, kerana ia melibatkan sokongan ideologi, bukan sekadar hubungan peribadi yang normal.
  26. Demi menghormati institusi keselamatan negara, serta memelihara keharmonian rakyat, DAP wajar memecat pemimpinnya yang jelas terlibat menyokong atau mempromosi pengganas LTTE.
  27. Begitu juga dalam kes hubungan DAP-Israel, segala sumber kewangan asing DAP perlu dibuktikan bebas daripada dana RM1.2 bilion dari Israel seperti mana didedahkan Mohamed Razali.
  28. Hal ini cukup kritikal kerana peranan Israel khususnya Mossad dalam menggugat kestabilan dan keamanan Sri Lanka sudah jelas terbukti – maka amat wajar risiko sama dalam konteks Malaysia diambil kira.
  29. Sebagai kerajaan yang berkuasa saat ini, Pakatan Harapan wajib bertindak tegas dalam menangani dan mencegah hubungan sulit tiga segi antara DAP-LTTE-Israel ini demi keselamatan negara dan meraih kepercayaan rakyat.

Berpesan-pesanlah dengan amaran pepatah Melayu ini:

‘Jangan menjadi kambing yang menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya’

Oleh: Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Terkini.

TERKINI POLIS KESAN TRANSAKSI KEWANGAN YANG BESAR DISYAKI BIAYAI LTTE

Senarai MP dan ADUN dari kaum India dalam berbagai Parti mempertikaikan tindakan PDRM

Inilah senarai MP dan ADUN dari kaum India yang pertikai tindakan PDRM dalam menangi isu pengganas LTTE.

Pemimpin PH yang keluarkan kenyataan media bersama menentang tindakan PDRM ialah:

  1. P Ramasamy (Timbalan Ketua Menter II Pulau Pinang),
  2. V Ganabatirau (Exco Selangor),
  3. DR Kamache (ADUN Sabai),
  4. B Sivakumar (MP Batu Gajah),
  5. M Satees (MP Bagan Dalam),
  6. R Rajiv (ADUN Bukit Gasing),
  7. RSN Rayer (MP Jelutong),
  8. Kasthuri Patto (MP Batu Kawan),
  9. A Kumaresan (ADUN Batu Uban),
  10. R Suresh Singh (Senator),
  11. R Sivarasa (MP, timbalan menteri),
  12. P Prabakaran (MP Batu),
  13. Gunaraj George (ADUN Sentosa),
  14. S Ramakrishnan (Exco Johor),
  15. Ramkarpal Singh (MP Bukit Gelugor),
  16. Charles Santiago (MP Klang).
    https://malaysiagazette.com/2019/10/13/terkini-polis-kesan-transaksi-kewangan-yang-besar-disyaki-biayai-ltte/